dalam kekecohan Petknode, semakin ramai rakyat Malaysia bangkit pada isu kekejaman pada haiwan. kerana haiwan itu juga hidupan, makhluk Yang Maha Esa juga. malah dalam hadis juga dinyatakan, dari Bukhari-Ibn Umar R.A. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."
dan kita juga telah diceritakan sejak kecil mengenai Abdul Rahman bin Sakhr. seorang sahabat Rasulullah yang menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, "Apa dalam bajunya?" dia menjawab, "Anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya."
dan dari itulah Baginda Rasulullah menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
semoga mereka2 yang melakukan pengabaian ini dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan secukupnya. sebagaimana di Jepun, Undang-undang Kekejaman Haiwan menetapkan penjara satu tahun atau denda 1 Juta Yen (RM 37,783) bagi kesalahan menyebabkan kecederaan atau kematian tanpa sebab.diharapkan pemilik dapat membuat laporan polis kelompok dan mereka ini diambil tindakan.
Seksyen 44 Akta Binatang 1953 menjelaskan segalanya. namun tindakan yang boleh diambil hanyalah denda atas budi bicara hakim, tapi tidak dipenjarakan..
dan beginilah nasib,sudah tiba masanya Akta Binatang 1953 disemak semula.
lihat keseluruhan Akta Binatang 1953 sini
lihat update mengenai kucing-kucing sini
No comments:
Post a Comment