"ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan"kita sering disaji dengan ungkapan sedemikian. berserah pada Qada' dan Qadar katanya. tapi kenapa mesti lupa tiga perkara asas sebelum menyerahkan diri pada ketentuanNya?mengapa perlu meletakkan jodoh pada takdir dan ketentuan?tidakkah kita ingat pada usaha,doa dan seterusnya baru bertawakal?
bila ditanya mengapa masih membujang?belum jodoh katanya. bodoh!
jodoh itu kerja Allah.tapi Allah tidak akan membiar ia terhidang di depan mata.jodoh itu tidak akan datang mengetuk di pintu rumah.duduk saja tidak akan sampai jodohnya.Allah menyembunyikan jodoh nikmat perkahwinan itu dalam seribu satu rahsia.ada yang ketemu pada pertemuan pertama,ada yang hampa dahulu sebelum bertemu manisnya.
berusahalah.tanpa berusaha tidak akan dapat sebarang apa.tapi berusaha biarlah jujur dan ikhlas.bukannya pergi jumpa setiap yang dikehendaki dan menggatal.tapi berusahalah pada diri sendiri.pernah seorang kakak berkata,segalanya yang kita kehendaki dan kita kecapi bergantung pada niat.kalau niat dah salah,segalanya akan serba salah.
berusahalah pada diri sendiri.itu yang pasti.tetapkan hati,luruskan niat.nak yang terbaik sendiri jadi yang terbaik.kerana Allah menjanjikan yang terbaik buat umatNya yang terbaik.
selepas berusaha baru kita berdoa.berdoalah dengan penuh keyakinan.doa yang sambil lewa jauh sekali dari diperkenankan.dan kemudian baru kita bertawakal dan berserah segalanya pada qada' dan qadar.
ingatlah,walaupun segala ketentuan dari Allah itu telah ditetapkan,tapi apa yang kita dapat berkadar terus berlangsungan dengan kadar usaha kita.duduk goyang kaki tidak akan mendatangkan sebarang hasil.berusaha dengan niat yang salah juga mendatangkan hasil yang salah.ingatlah
kita bukan yang sempurna...
No comments:
Post a Comment