"Nak yang terbaik sendiri mesti jadi yang terbaik" - Taufiq Azzain

Bersyukurlah

syukur adalah kemenangan hati mutlak
syukur adalah kualiti hakiki
dengan kesyukuran
tenteram, tenang dan bahagia akan sentiasa mendampingi
tapi tanpa syukur, hati mati
segala terasa serba kekurangan dan tidak mencukupi

mengapa susah untuk mensyukuri nikmat dan anugerah yang telah diberi..?

pertamanya bila kehendak dituruti. seringkali melihat dan mencari apa lagi yang dimahukan, tapi tidak pernah melihat apa yang telah dimiliki. pekerjaan tetap dengan pendapatan stabil, rumah tempat berlindung, kereta untuk memudahkan perjalanan, pasangan yang membahagiakan dan pelbagai lagi telah kita miliki. tapi hati masih merasakan tidak mencukupi. sedangkan itulah juga yang dihajati pada mulanya.

begitulah, inginkan yang lebih baik, tapi bila sudah ada yang lebih baik, cinta padanya hanya seketika. hati mula berkata, mahu yang itu pula. kerana hati tidak akan pernah puas. itu lumrah manusia. mahukan yang lebih lagi. tapi seringkali alpa untuk mensyukuri nikmat yang telah diberi. bukalah mata, pusatkan imaginasi luar batasan kepada apa yang telah kita miliki.

pekerjaan tetap dgn pendapatan stabil, sedangkan di luar sana masih ada ramai lagi mereka yang menjual anggur.
rumah tempat berlindung, sedangkan di luar sana masih ada lagi yang tidur beralas kertas.
kereta memudahkan perjalanan, sedangkan di luar sana ada mereka yang berhimpit-himpit dalam pengangkutan awam.
pasangan yang membahagiakan, sedangkan di luar sana masih ramai yang tertipu cinta nafsu.

dan seterusnya, seringkali membanding-bandingkan sesama insani.
kita merasa orang lain lebih beruntung. kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.

rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri. atau dalam peribahasa melayu, hujan emas di negeri orang, hujan asid di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. kerana apa yang kita turuti dan berhasil, adalah atas usaha kita sendiri. tapi bukan usaha sehingga terseksa. semata demi menandingi kehebatan dan kelebihan orang lain. kita adalah kita, kitalah yang menentukan pengisian hidup sendiri.

hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki. oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Bersyukurlah!
Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. Kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.
Bersyukurlah untuk kebatasanmu. Kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jati dirimu.
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.
Rasa bersyukur dapat mengubah sesuatu yang biasa menjadi luar biasa!

No comments: