"Nak yang terbaik sendiri mesti jadi yang terbaik" - Taufiq Azzain

13 Mei


hari ini merupakan ulangtahun kejadian hitam dalam sejarah negara.sebuah kenangan yang sepatutnya tidak harus dilupakan.sebuah kenangan yang sepatutnya diraikan.sebagai satu pengajaran.sebagai satu peringatan.

tapi adakah anak muda sekarang tahu mengenai peristiwa 13 Mei yang sebenarnya?
tahukah mereka peristiwa penuh itu?
selain daripada bila ditanya
"tahukah mengenai kejadian 13 Mei?"
dijawab, "TAHU."
dan ditanya lagi, "apakah dia?"
dijawabnya, "rusuhan kaum"

dan bila ditanya bagaimana tercetusnya,
sepi.diam.pasti jarang yang tahu kisahnya.

bermulanya pada 4 Mei.
boikot yang dilakukan Parti Buruh di Kepong.antara pusat penempatan kaum cina utama di KL ketika itu apabila sekumpulan remaja cina membuat contengan "Boycott the Election" di tengah-tengah jalan utama.dan sekumpulan tiga orang polis peronda cuba menahan mereka dan berlaku pergelutan di mana seorang anggota polis melepaskan tembakan dan mengenai salah seorang daripada ahli kumpulan itu. lelaki cina itu mati dalam perjalanan ke hospital setelah berjaya melarikan diri.

pihak ekstrimis komunis dalam parti buruh menggunakan peluang ini dengan menguruskan urusan pengebumian dan akan melakukan perarakan.dan seperti sekarang jika mahu melakukan perarakan di jalan-jalan utama harus memohon permit kebenaran dari pihak polis dan mereka hanya memohon permit pada 6 Mei dan tarikh yang dipohon adalah pada 10 Mei, iaitu tarikh pembuangan undi pada Pilihanraya Umum 1969.memandangkan tarikh itu tidak diluluskan mereka memohon pula pada 9 Mei dan pada keesokan harinya bukan bapa si mati tetapi dua orang ahli parti buruh sambil ditemani Presiden Universiti Malaya Student Union ketika itu.

dan dalam permit yang dikeluarkan,syarat telah dikenakan iaitu hanya laluan yang dibenarkan sahaja boleh dilalui dan dengan jumlah yang tidak melebihi had yang ditetapkan.tapi perarakan ini mengabaikan syarat-syarat berkenaan.dan pada 9Mei,perarakan bermula di 'Death House' Jalan Sultan dengan diketuai sepanduk dengan lambang parti buruh dan gambar si mati besar-besaran di atas keranda.sama seperti yang dilakukan DAP ketika perarakan mendiang Teoh Beng Hock. perarakan terus menuju ke Petaling Street dengan potret Mao Tze Tung dan ungkapan dan 'Red Book' dibaca berulang kali.menjelang tengahari perarakan tiba di persimpangan Jalan TAR iaitu di tengah-tengah bandar pada ketika itu.perarakan tamat tanpa insiden buruk walaupun disertai herdikan dan provokasi terhadap mereka-mereka yang di sekitar terutama ketika mereka melalui bangungan MARA dan bangunan ibupejabat UMNO.

dan pada pilihanraya esoknya sebuah parti baru, Parti Gerakan Rakyat dengan sekutunya menang di Selangor dan memohon permit perarakan kemenangan di sekitar KL pada 12 Mei.
dan pada perarakan inilah herdikan dan laungan kemenangan yang ditujukan pada orang melayu bermula dan semakin agresif.

dan pada keesokan paginya,13 Mei sekumpulan orang melayu dan ahli UMNO menuntut perarakan balas bagi meredakan herdikan dan cacian yang dilontar.perarakan bermula selepas subuh di rumah Dato' Harun Idris, bekas MB Selangor ketika itu.
dan sebelum perarakan dapat tiba di Jalan Raja Muda, pergeseran berlaku di Setapak,di kawasan penempatan orang melayu ketika itu.dan dari situlah rusuhan merebak ke seluruh KL dan Tunku pada jam 10.30 mlm mengumumkan darurat menerusi semua siaran dan saluran radio.

dan begitulah bagaimana tercetusnya dan bermulanya rusuhan kaum yang berlaku 42 tahun lalu.bermulanya apabila ada ekstrimis dalam perkauman yang memainkan isu kaum dan merendah-rendahkan kaum dan bangsa lain.senario ini tak ubah seperti apa yang berlaku sekarang.bila adanya segelintir kecil mereka yang tidak mensyukuri nikmat kedamaian dan persefaman antara kaum yang sudah terhasil dan mencetuskan perasaan ketidakpuashatian sesama kaum.benda ini seharusnya dielakkan kerana sesungguhnya ianya tidak akan membawa apa-apa selain kerugian dan kematian.

kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum,agama dan bahasa
jangan dituruti permainan perkauman yang dimainkan sesetengah mereka ini
kerana ianya hanya kan mencetuskan kembali peristiwa hitam itu
dan situasi sekarang tidak ubah dengan apa yang berlaku dulu
demi sebuah negara bernama Malaysia

bersatu kita teguh.bercerai kita roboh.

No comments: